Friday, September 18, 2009

Kembara praktikum Kpli





TAMAT SUDAH PRAKTIKUM..
Bermula 2/06/09 seramai 256 pelajar kpliI PSAH ambilan Januari 2009 mula menjalani praktikum selama 3 bulan yang telah berakhir semalam.Aku bersama 7 orang lagi rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan praktikum tersebut kelmarin pada 17/09/09.Kami merupakan sebahagian guru pelatih KPLI IPSAH yang memohon untuk menjalani Praktikum sekolah orang asli di hulu perak.
SEKOLAH ORANG ASLI
Di hulu perak (gerik ) terletak sekolah orang asli yang menjadi sekolah angkat kepada IPSAH. Antara sekolah tersebut ialah :
A)Sekolah Kebangsaan RPS Air Banun
B)Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
C)Sekolah Kebangsaan Kemar
D)Sekolah Kebangsaan Dala

aku bersama kakak aku chegu Montira(Kajian Sosial),chegu Najib dan Chegu Linda(Matematik),Chegu Fadhlina dan Chegu Nurul Huda (Sains) juga pasangan paling serasi serta paling berkerjasama teacher Renuka n Bavani (Bahasa Inggeris)
SEKOLAH RPS AIR BANUN
Di antara ke-4 Sekolah Orang Asli yang ada di Gerik,Sekolah yang berhubung dengan jalan darat (tar berturap ) hanyalah sekolah RPS Air Banun. Jarak dari pekan Gerik ke Sekolah Banun kira-kira 65 kilometer yang menggunakan laluan lebuhraya Timur -Barat iaitu Gerik-Kota Baharu.Landmark yang paling mudah bagi anda yang tertanya-tanya di mana sekolah ini ? ialah Tasik Banding,Gerik . Ada 2 jambatan utama di Tasik banding, Jambatan yang ke-2 dari arah Gerik-kota baharu yang menempatkan Jeti Pengkalan Awam yang menghubungkan kita dengan sekolah seperti Kemar,dala (bahagian temenggor) dan Pos Sungai Tiang(bahagian banding).Dari Jambatan Ke-2 Ini jarakanya hanyalah 12 kilometer,di sebelah kanan anda,kelihatan sebuah perhentian bas warna kuning (dari arah gerik-kota baharu)dan ada simpang jalan masuk.Di sinilah titik mula ke Air Banun lebih 2.5km anda menyusuri lembah ini ,anda akan lihat penempatan orang asli dan sebuah sekolah yang tersergam indah di atas bukit.Ni LAH sekolah aku pi belajaq jadi cikgu......... atau orang asli ckp Chegu....

No comments:

Post a Comment