Wednesday, September 30, 2009
NAJIB IS A NOMIC"S OR "COMIC "
Sungai Petani,menurut laporan daripada sumber yang boleh di percayai mulai tahun depan 2010,kemasukan pelatih KPLI yang baru tidak akan menikmati elaun sebanyak RM 1,300.00 tetapi hanya akan mendapat RM 650.00sahaja.Malah pelatih guru PISMP yang baru tidak akan menikmati elaun secara percuma tetapi di kehendaki membayar balik wang tersebut dan ia dikira sebagai pinjaman.Lebih buruk lagi menurut sumber itu,pelatih KPLI JAN 2009 penempatan mereka masih kabur dan kemungkinan untuk menunggu sehingga beberapa bulan adalah tinggi peratusanya bergantung kepada kursus yang di ambil.Malah kebanyakkan Institusi Perguruan yang ada telah memotong bajet tertentu dalam usaha berjimat.Antara program wajib yang menerima kesan langsung ekonomi yang menguncup ini ialah Bina Insan Guru(BIG).Kalau dulu ia diadakan seperti di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi Dan tempat peranginan yang menarik,sekarang ia diadakan di institut perguruan masing-masing.
Aku tertanya-tanya dengan laporan media yang ada tentang pertumbuhan ekonomi negara,kadar inflasi,FDI, KDNK.... banyak mohong laaaa.......aku harap bila kita jadi chegu ajar ekonomi ka...apa-apa pun jangan duk mohong pelajar...bagi mereka ilmu yang betoi..supaya mereka dapat beza antara yang kebenaran dan kepalsuan.....cuba tengok rizab emas negara kita daripada tahun 1990 ada berbelas-belas tan..laa ni tinggal satu tan pun tak sampai...patut la duit thai (baht ) lebih tinggi... duit malaysia kurang laku kat money exchange luar....tukaq RM100 dapat RM 88 = Rugi 22 ,kalau RM 1000 =Rugi 220,Kalau RM 10,000.00= RM2,200.00.... susah macam ni oghang nak labur.....
Jadi Cikgu kena jadi pendidik......
baru dapat anak murid cerdik,
hidup berprinsip,
tahu yang yang buruk dan baik....
TUN DR MAHATHIR PUN CAKAP
AL FATIHAH
AL FATIHAH
KEPADA ALLAHYARHAMAH FAUZIAH BINTI ISMAIL
Pokok Sena,Jenazah Fauziah Binti Ismail pelajar KPLI JAN 2009 IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan gelam Pokok Sena.Jenazah di sembahyangkan di surau Taman Jabi,Pokok Sena.Semua Warga KPLI Kajian Sosial JAN 2009 semua hadir bagi memberikan penghormatan kepada rakan seperjuangan,Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama para Solehin dan di mudah hisab keatas.
Friday, September 25, 2009
Berani tak Ketua Polis Tangkap Dalang Skandal PKFZ .........???
Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.
Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.
"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.
"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.
"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.
Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.
"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.
Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.
"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.
Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.
"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.
Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.
Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.
Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.
"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.
Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.
Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhyan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
ELAUN KPLI DI POTONG...???
EKONOMI MALAYSIA DIAMBANG PENGUNCUPAN????
Sungai Petani,,menurut satu laporan yang tidak rasmi daripada sumber yang boleh di percayai bahawa elaun Pelatih Guru KPLI kemasukan baru mulai tahun depan 2010 akan di potong menjadi RM 650 sebulan.Menurut dari sumber berkenan lagi pelajar baru PISMP tidak akan menerima elaun secara percuma,tetapi di kehendaki membayar balik elaun tersebut selepas tamat pengajian.Dan menurut sumber berkenaan lagi penempatan untuk Guru KPLI bagi kemasukkan Jan 2009 adalah tidak mutlak..dalam erti kata lain ,pelatih mungkin terpaksa menunggu beberapa bulan bagi mengesahkan penempatan mereka.
അക് ഹരപ് സങ്ങറ്റ്
welcome Back...........
Esok tentunya hari terakhir cuti kita semua,bermakna kita akan menghadapi peperiksan...jadi semua pakat sibuk photostat soalan "spot"....pahtu buat analisis soalan...booo....maktab akan kembali sesak...dengan kpli 2 intake...freshie spm baru...mesti sesak macam ikan sardin.....yang lepas tuu kpli jan 2009 sembilan tak dak class ..floating aje..ni tambah plak hak baru mesti lagi...serabut.....
Ramai juga kpli yang pindah umah sewa....macam-macam isu ada la....tak ngam dengan house mate...lokasi tak sesuailah.... macam-macam ada... tapi kami alhamdulilah budak kpli kajian sosial 2009 betul-betul hao liao... aku,zaidi excutive,zaidi shipping,jef bom ba,ameer indie, lan boboy and Pok din macho sangat la ngam..alhamdulilah...walaupun duk 6 orang tapi bahagia...berkat pimpinan abg zaidi senoir ....di bantu plak oleh sahabat-sahabat lain...aman jadi nyaa.......
Esok pakat sibuk angkat barang masuk balik umah sewa.....barang aku ada d ah tilam dll...lepa pain ingat bawak mai plak laaa....perhimpunan hari ahad ni mesti gam at laaa..pakat duk cita pengalaman praktikum masing-masing......apapun sebenarnya masa untuk kita berpisah semakin hampir dan dekat......jadila nikmatilah saat-saat indah bergelar pelatih guru KPLI...kerana saat ini hanya sekali........selepas ini kita akan mengembara ke destinasi masing...aku insyallah ke sabah......we are muhajir......
Thursday, September 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA.......
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
DARI SYAHAR,SUHAILA DAN NUHA
DARI SYAHAR,SUHAILA DAN NUHA
Kami sekeluarga baru saja pulang beraya bermula dari Kuala Lumpur Ke Kelate Dan dari Kelate ke Kedah Dan Dari Kedah Ke Kuala Lumpur..... Allhamdulilah selamat.........
Ni saje nak kongsi dengan hampa semua.... raya ni punya la banyak kenderaan gila-gila... aku bertolak haghi sabtu 19/09/09 jam 9.30 pagi...kira dari tol duta sampai Slim River amik masa 4 jam....jemm gila...macam-macam keta ada...ada yang mahal...ada yang sporty..tapi semua tak leh bawak laju... sebab highway jemmm......kerana tak tahan ,jalan macam semut aku pun amik keputusan ikut susur keluar sungkai,perak......laaa dari susur keluaq nak pi bayar tol tu amik masa sejam......nak buat macam mana..naik highway lagi teruk...nasib baik masa tu anak aku cool aje....sebab kena aircond volvo aku tuuu...he..hee.. tidur nyenyak...di samping wife aku yang banyak korban pegang baby...sampai kelate.....
untuk cepat...aku telah pakai jalan alternatif...aku pi tapah cross cameron highland kira- kira 2 jam laa aku melayari corner maut sepanjang perjalanan....alhamdulilah walaupun hujan renya-renyai...jalan lenggang...hanya ada pondok-pondok jualan madu,bunga orchid hutan,dan kraftangan..kat sini oghang asli suku semai.....
dari Cameron Highland aku teruskan perjalanan ke persimpangan Blue Valley yang mnghubungkan gua musang....jalan yang baik...kenderaan yang kurang membolehkan volvo tua aku menunjukkan taringnya.......dalam perjalanan aku tersentuh bila melihat bukit-bukau lojing di gondolkan secara rakus dan membuta tuli.......impak ke atas alam sekitar jelas...dengan kehendak ALLAH hujan turun lebat..jadi jelas dapat di lihat larian air permukaan tanih yang menghakis seterusnya menyebabkan mendapan di hulu sungai...warna air merah keorengan.....hasil siasatan aku seluruh kawasan lojing di tadbir secara khusus oleh ISTANA KELANTAN atas nama PROJEK DI RAJA...di depan perjalanan terdapat tanah runtuh.....ni lah akibat diaaa.....
Sepanjang perjalanan aku merentasi pos-pos oghang asli antaranya pos meranto,kuala betis, dan pos beruk...oghang asli di sini daripada suku jahai... sama macam tempat aku praktikum banding,air banu......
aku berhenti kat perhentian baru... ni kali ke 4..aku brenti tempat ni....kali pertama belum di buka dan banyak lebah...kali 2,3, hampeh...semua kemudahan rosak......alhamdulilah kali ni tempat dia bersih...tandas selesa, boleh mandi...surau baik.....di jaga dengan baik.......tahniah la kepada abang yang jaga kat situ....
pendek cerita aku,wife n baby aku sampai kat pengakalan kubur jam 9.30 mlm.......12 jam punya perjalanan......we are muhajir...
Ni saje nak kongsi dengan hampa semua.... raya ni punya la banyak kenderaan gila-gila... aku bertolak haghi sabtu 19/09/09 jam 9.30 pagi...kira dari tol duta sampai Slim River amik masa 4 jam....jemm gila...macam-macam keta ada...ada yang mahal...ada yang sporty..tapi semua tak leh bawak laju... sebab highway jemmm......kerana tak tahan ,jalan macam semut aku pun amik keputusan ikut susur keluar sungkai,perak......laaa dari susur keluaq nak pi bayar tol tu amik masa sejam......nak buat macam mana..naik highway lagi teruk...nasib baik masa tu anak aku cool aje....sebab kena aircond volvo aku tuuu...he..hee.. tidur nyenyak...di samping wife aku yang banyak korban pegang baby...sampai kelate.....
untuk cepat...aku telah pakai jalan alternatif...aku pi tapah cross cameron highland kira- kira 2 jam laa aku melayari corner maut sepanjang perjalanan....alhamdulilah walaupun hujan renya-renyai...jalan lenggang...hanya ada pondok-pondok jualan madu,bunga orchid hutan,dan kraftangan..kat sini oghang asli suku semai.....
dari Cameron Highland aku teruskan perjalanan ke persimpangan Blue Valley yang mnghubungkan gua musang....jalan yang baik...kenderaan yang kurang membolehkan volvo tua aku menunjukkan taringnya.......dalam perjalanan aku tersentuh bila melihat bukit-bukau lojing di gondolkan secara rakus dan membuta tuli.......impak ke atas alam sekitar jelas...dengan kehendak ALLAH hujan turun lebat..jadi jelas dapat di lihat larian air permukaan tanih yang menghakis seterusnya menyebabkan mendapan di hulu sungai...warna air merah keorengan.....hasil siasatan aku seluruh kawasan lojing di tadbir secara khusus oleh ISTANA KELANTAN atas nama PROJEK DI RAJA...di depan perjalanan terdapat tanah runtuh.....ni lah akibat diaaa.....
Sepanjang perjalanan aku merentasi pos-pos oghang asli antaranya pos meranto,kuala betis, dan pos beruk...oghang asli di sini daripada suku jahai... sama macam tempat aku praktikum banding,air banu......
aku berhenti kat perhentian baru... ni kali ke 4..aku brenti tempat ni....kali pertama belum di buka dan banyak lebah...kali 2,3, hampeh...semua kemudahan rosak......alhamdulilah kali ni tempat dia bersih...tandas selesa, boleh mandi...surau baik.....di jaga dengan baik.......tahniah la kepada abang yang jaga kat situ....
pendek cerita aku,wife n baby aku sampai kat pengakalan kubur jam 9.30 mlm.......12 jam punya perjalanan......we are muhajir...
Friday, September 18, 2009
Minggu kebersihan
MINGGU KEBERSIHAN :CARI,TANGKAP DAN MUSNAH KUTU
ARTIS UNDANGAN:GURU PRAKTIKUM
ARTIS UNDANGAN:GURU PRAKTIKUM
Ni teacher Renuka Dengan Ustazah Ina duk basmi kutu murid.....
Chegu wan,montira,linda dan gee sedang mendobi rambut pelajar tahun 6... semoga otak mereka pick-up kembali untuk mengharungi UPSR
chegu syahar mengunakan teknik "cekak dan rabut" bagi menanggalkan kutu-kutu yang degil pada kepala murid.......
"BAGAIKAN SIREH PULANG KE GAGANG"
MURID-MURID MENUNJUKKAN SKILL MEREKA MENGUASAI AIR....
BAGI MEMBUNUH KUTU.....DI SEBABKAN PENEMUAN KAEDAH TERBARU INI BELIAU TELAH DI CALONKAN MENJADI GURU PRAKTIKUM CEMERLANG DI SAMPING KERJA BUAT DIA YANG MEMANG DAH CEMERLANG......
MURID-MURID MENUNJUKKAN SKILL MEREKA MENGUASAI AIR....
CHEGU FADHLINA MENGUNAKAN KAEDAH "PENURASAN DAN PENYULINGAN"
BAGI MEMBUNUH KUTU.....DI SEBABKAN PENEMUAN KAEDAH TERBARU INI BELIAU TELAH DI CALONKAN MENJADI GURU PRAKTIKUM CEMERLANG DI SAMPING KERJA BUAT DIA YANG MEMANG DAH CEMERLANG......
Sekolah RPS Air Banun,Sekolah Praktikum
ERMM.... ASSALAMUALIKUM BERJUMPA KEMBALI.....
MAKLUMAT PENTING SEKOLAH
Ni berapa gambar yang boleh share dengan hampa semua.....keadaan sekolah Banun...
Sekolah ni ada semua kemudahan yang ada pada sekolah lain... bangunan dia infrastruktur dia,landskap dia..... suasana sekolah sungguh menceriakan.....tengok tuuu..
MAKLUMAT PENTING SEKOLAH
Sekolah ni mempunyai murid berdaftar 250 murid dan hampir 80% murid tinggal di Asrama Sekolah.Dua suku utama orang asli disini ialah JAHAI dan TEMIAR.90 % agama IslamStaff kat sini lebih kurang 19 0rang.Di sini tiada kemudahan elektrik..... semua kerja bergantung kepada tenaga generator...yang sangat terhad penggunaannya.....(JAM 8 Mlm-12 Mlm) dan air bergantung air lata/masyarakat yang selalu terputus bekalan di sebabkan hujan lebat,gajah sepak paip,dan tersumbat pasir......keadaan air yang selalu terputus...biasa kat sini...sampai 3 hari....masa ni la chegu aiza,abby, lid,mukhriz n pailang berkorban tenaga dan masa panjat bukit yang tinggi, kemudian berdepan dngan gajah serta seladang utk baiki paip... gajah macam lembu kat sini..ada lebih kurang 40 ekor gajah yang aktif (berlainan kumpulan ) dan 4 ekor harimau di kawasan ni....... besaq betoi pngorbanan chegu kat sini....harap Allah terima amalan lepa ni....
Kembara praktikum Kpli
TAMAT SUDAH PRAKTIKUM..
Bermula 2/06/09 seramai 256 pelajar kpliI PSAH ambilan Januari 2009 mula menjalani praktikum selama 3 bulan yang telah berakhir semalam.Aku bersama 7 orang lagi rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan praktikum tersebut kelmarin pada 17/09/09.Kami merupakan sebahagian guru pelatih KPLI IPSAH yang memohon untuk menjalani Praktikum sekolah orang asli di hulu perak.
SEKOLAH ORANG ASLI
Di hulu perak (gerik ) terletak sekolah orang asli yang menjadi sekolah angkat kepada IPSAH. Antara sekolah tersebut ialah :
A)Sekolah Kebangsaan RPS Air Banun
B)Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
C)Sekolah Kebangsaan Kemar
D)Sekolah Kebangsaan Dala
aku bersama kakak aku chegu Montira(Kajian Sosial),chegu Najib dan Chegu Linda(Matematik),Chegu Fadhlina dan Chegu Nurul Huda (Sains) juga pasangan paling serasi serta paling berkerjasama teacher Renuka n Bavani (Bahasa Inggeris)
SEKOLAH RPS AIR BANUN
Di antara ke-4 Sekolah Orang Asli yang ada di Gerik,Sekolah yang berhubung dengan jalan darat (tar berturap ) hanyalah sekolah RPS Air Banun. Jarak dari pekan Gerik ke Sekolah Banun kira-kira 65 kilometer yang menggunakan laluan lebuhraya Timur -Barat iaitu Gerik-Kota Baharu.Landmark yang paling mudah bagi anda yang tertanya-tanya di mana sekolah ini ? ialah Tasik Banding,Gerik . Ada 2 jambatan utama di Tasik banding, Jambatan yang ke-2 dari arah Gerik-kota baharu yang menempatkan Jeti Pengkalan Awam yang menghubungkan kita dengan sekolah seperti Kemar,dala (bahagian temenggor) dan Pos Sungai Tiang(bahagian banding).Dari Jambatan Ke-2 Ini jarakanya hanyalah 12 kilometer,di sebelah kanan anda,kelihatan sebuah perhentian bas warna kuning (dari arah gerik-kota baharu)dan ada simpang jalan masuk.Di sinilah titik mula ke Air Banun lebih 2.5km anda menyusuri lembah ini ,anda akan lihat penempatan orang asli dan sebuah sekolah yang tersergam indah di atas bukit.Ni LAH sekolah aku pi belajaq jadi cikgu......... atau orang asli ckp Chegu....
Subscribe to:
Posts (Atom)