Tuesday, December 29, 2009

Ni surat tawaran dan akuan sumpah



Hangpa buat Camni;
YANG KITA SIMPAN:
1 surat tawaran asal
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA KERANI SEKOLAH
1 carbon copy surat tawaran + 1 salinan fotostat surat tawaran
2 salinan fotostat akuan sumpah
2 borang biru asal

DISERAHKAN KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1 akuan sumpah asal
1 borang biru asal
(sekolah buat surat iringan)

DISERAHKAN KEPADA SPP
1 salinan fotostat akuan sumpah
1 borang biru asal

Selamat berhijrah.....



Selamat Berhijrah- Dalam beberapa hari lagi kita semua akan melangkah masuk tahun baru masehi...semestinya tahun baru kali ini berbeza kerana kebanyakan dari kita akan bergelar" Chegu".Hari ini merupakan taklimat bagi chegu KPLI JAN 2009 bertempat di Permatang Pauh. Bagi Sabah Dan Sarawak taklimat akan diadakan di Hotel Impress,Sepang Pada 3/1/2010.
 Negeri Kedah
Zaidi Bin Abu Bakar                          Kajian Sosial

Asmadi Musa
Zurina
Ayu nurani
nurmashita (kak ita )

Juriah
Montira
Surjari                                              Sains
Tahirah Ghazali
Haslinda Omar
Saiful (Pun)


Negeri Selangor
Farizah (Zah)
Rafizi (Pak Din Ulu Bakai)



Negeri Johor
Zarizal ( Jai )
Guna
Wani
Yati
Shimah up town Baling
Nurul Huda Ramli                          Sains
Fadhlina

Negeri Perak
Amir
Shuk

Negeri Pulau- Pinang
Zaidi Along
Shubie
Ganti




Friday, December 25, 2009



Alhamdulillah... Paling kurang kita semua dapat posting...jadi selamat lah dari senarai menunggu.Berikut beberapa nama dan tempat posting sahabat kita terutama Kajian Sosial.....
Yati,Guna, Wani = Johor
Juriah,Zaidi Bakar,Zurina,Montira,Saiful,Asmadi Musa =Kedah
Marzilla =Perak
Zaidi (Along) Awang =Pulau Pinang
Pok Len = Pahang
Munirah =Sarawak
Pok Din (Rafeal Nadal ) = Kelate
Pak Din Ulu Bakai= Perak atau Johor

Zah = Mungkin Perak  atau Johor
Rizal = Johor atau Perak
Amir = Perak
Lan Boboy =Perak atau Johor
Kak Ayu =Perak atau Kedah
 Takat ni yang tuu aja... Sapa-sapa yang tak confirm tempat...bagi no ic kat ruangan komen..aku tolong check isnin ni....Lupa Mohd.Syahar Barkat Ali = Sabah

Selamat Mengajar Chegu!!!!!!!


Thursday, December 17, 2009

Akhirnya Penantian Kemarau 20 Tahun.....terbayar

Tahniah...

1 Muharram 1431 H.

BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di sini. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --fotoBERNAMA

Selamat Tahun Baru Hijrah



SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH
SEMOGA TAHUN INI MEMBERIKAN KITA AZAM YANG BARU DANMENCAPAI PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK

Wednesday, December 16, 2009

Anak sapa ni


TERKENANG DI MASA DULU .......Inilah gambar yang di ambil ketika aku bersama cg kimi membuat operasi memujuk anak orang asli datang untuk menghadiri peperiksaan UPSR 2009 semasa paraktikum... untuk sampai ke kampung ni terpaksa travel jalan denai sejauh 7 km.....hingga pancit kapcai aku yang power tuu.... pastu kena mendayung sampan menyebrang tasik banding dalam 1 km..baru sampai kg damai....kg ni 100 % beragama kristian katolik. siap ada gereja lagi...masa kami pi tuu..siap lepa duk sembahyang.....setelah berjaya kumpulkan ibu bapa lepa...kami pun bagi taklimat ptg tuu jugak bawak lepa mai tinggal di asrama....



Tuesday, December 15, 2009

Isu lama tapi hangat....

Tuan Guru Nik Aziz & Haji
Dengan Wang Hadiah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 
nikaziz1.jpg
 
SOALAN
Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.
JAWAPAN
Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan  tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.
Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.
Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.
Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.
Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.
APA RASUAH ?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-
ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل
Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)
Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .
JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?
Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.
 
  • 1)    Hadiah buat seseorang berpangkat
  من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
 
  • 2)    Sebuah Hadis :
  استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"
Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda
" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)
"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)
 
3)    Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].
 
4)    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?
Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.
Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.
PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut
يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.
Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]
Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-
وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،
Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )
WALAUPUN BEGITU
Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]
Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.
Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk  beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-
1)     Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.
Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :
Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :
ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .
Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)
Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.
Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.
Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar,  terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?
Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai  kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.
Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.
Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.
Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN.  Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.
Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).
 
2)     Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.
 
3)        Maslahat umum didahulukan  ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)
Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.
AKHIRNYA
Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.
Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja.   Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
17 Nov 2009
 
 
 


[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah ( tahqiq At-Turki) 9/814 ; Subul as-Salam, 4/577
[2] Namun diharap tidak ada sesiapa yang jatuh dalam khurafat atau lain-lain masalah aqidah akibat menangkal dengan selipar seorang alim ulama. Atau meyakini selipar itu boleh membawa sesuatu kebaikan dan menolak keburukan, jika itu berlaku, amalan syirik amat dekat bagi si pencuri selipar.

Last update: 18-11-2009 17:56

Monday, December 14, 2009

Sakit.....

Waktu muda mu sudah berlalu, Yang hanya tinggal kudrat mu yang lesu,Ingatlah akan dirimu tentang sakit mu yang lalu,

Siapa yang akan menjaga diri mu, Sedangkan engkau sebatang kara yang layu....

Beringatlah kamu kalau hidup kamu seorang tunggal tiada berbapa dan beribu....

Seorang Bapa boleh menyara anaknya seribu
Seorang Ibu Boleh menjaga anaknya berbatu
Seribu anak belum pasti menjaga bapanya yang satu.....
Seribu anak belum pasti merawat ibunya yang satu.....

Pernah Ku lihat seorang sepupu dulunya,dahulunya gagah segak berdiri,
Pernah Ku Lihat seorang makcik,dahulunya segak bertambah seri,
Pernah ku lihat seorang jiran hidup gaya gagah serta bijak mencaci

Akhirnya sepupuku mati dalam melarikan diri,kerana tidak bisa dengan karenah keluarga sendiri.....
Akhirnya makcik yang segak,terkulai di bangku besi,akibat di pulau anak sendiri......
Akhirnya jiranku mati dengan sakit yang  tak terperi...akibat di potong kaki.....



Resam dunia bila muda di puji dan di puja
Resam dunia yang berharta akan di mulia
Tetapi Bila tua bebanan mu akan di dusta
Tetapi bila miskin kamu akan di hina

Berdoalahkamu supaya kamu sihat walafiat
Berdoalahkamu supaya di murahkan rezeki ke akhir hayat......
Supaya kamu tidak berjumpa kaum kerabat mu yang memandang dengan liat....
Supaya Kamu tidak berjumpa kikir keluargamu kerana kamu tidak sihat...

Masa sakit lah kamu akan lihat yang mana Intan, Yang mana permata.....
Masa sakitlah kamu akan lihat isterimu terasa bebanan atau khidmat dengan ketaataan....
Masa sakitlah kamu akan lihat anak berwajah ketaatan atau bebal kesyaitanan....
Yakinlah dan berimanlah semua ini adalah ujian bagi kamu yang bernama Insan.....





Sunday, December 13, 2009

Impian Aku ....???? n awak camana ????



NI LAH MOTORSIKAL IMPIAN AKU......
   Aku rasa setiap orang ada impian masing-masing. Dan Setiap orang ada  banyak impian untuk di penuhi.Aku mempunyai impian yang besar aku nak kelilingi dunia dengan motorsikal...dan aku rasa insyallah aku akan mencapainya dengan memiliki mesin BMW 1200 GS ADVENTURE di atas. Aku telah survey dan mungkin aku akn beli second hand kat UK, kat malaysia terlalu mahal sebab duti and tax custom.Tapi sekarang susah sikit sebabnya aku kakitangan kerajaan..masalah cuti... kalau nak jugak aku kena travel beringkat start benua Asean first, Asia Selatan.Asia Barat,
masuk benua europe guna road Turkey....Kita akan lihat panorama yang cantik macam kat bawah ni....rasa dah tak leh tahan jiwa nii..pendam dari umur 7 tahun lagi....lagipun idea datang dari bapak aku...dia dah travel banyak dah.....insyallah aku jugak...










Saturday, December 12, 2009

Musim Menanam Anggur ....????


Meneropong Ke Manakah Destinasi Chegu.........???

13 Dis 2009 Pantai Dalam- Rata-rata pelajar  lepasan KPLI ambilan jan 2009 IPSAH menganggur sementara menanti panggilan untuk bertugas.Banyak pelajar lelaki menjadi Sura Rumahtangga, kalau perempuan di panggil Suri Rumahtangga.Setakat ni selain daripada sms palsu ttg penempatan guru yang di sebarkan belum ada apa-apa keputusan lagi. Ramai la jugak kenalan Di IPSAH ajak buat bisnes antaranya Bio Aura, Menternak Ikan Kelisa Induk di Bukit Merah,Getah, Dan Emas.
      Entahlah...tak tau nak fikir yang mana satu masa terhad...apa-apa pun tunggu result posting. Dan yang lebih penting aku nak cuba jadi Chegu yang memberikan Ilmu terbaik dan aku nak murid mendapat kesan daripada kelazatan ilmu tersebut dan menagih ilmu di mana-mana ia berada......
      Isu-isu politik sekarang tengah menggila membenihkan bibit-bibit pertelagahan pendapat dan perpecahan untuk membentuk puak-juak,lundang, kaum,kem dll... aku ingat dalam dunia perguruan tentunya politik sekolah tak kurang hebatnya watak-watak Jebat,Tun Fatimah, Bendahara Tun Mutahir serta lakasamanya, jugak Hang Tuah  yang sentiasa menjunjung aspirasi Sang Raja.... Tidak seperti Jebat dengan kata sakthinya "Raja Adil Raja Di sembah ,Raja Zalim Raja di Sanggah. Watak-watak pembodek ,kuman lagi parasit, tentunya akan menghiasi perjalanan kehidupan kita... namun di mana saja kita berada, berapa lama kita berada....kita akan bawak gelaran mulia iaitu "Cikgu" akan akan terpahat dalam hati murid kita..... Selamat Bertugas Cikgu...

Friday, December 11, 2009

Selesai Sudah Interview,Kissm, exam......



KPLI YANG MEMENATKAN- Letih dengaq khabar angin tentang posting, ramai plak takut pi sabah sarawak....macam- macam duk ada... namun sekarang semua pakat bawa haluan masing-masing...apa-apa pun tahniah kepada kawan -kawan yang dapat pencapaian cemerlang.....Kelas Kajian Sosial yang senarai latest takat Ni :
Zaidi Bin Abu Bakar
Jefri Jamaludin
Mazlan (Boboy)
Khairul Ameer
Saiful (pun )
Norhayati
Kak Ita
 dan banyak lagi laaaa......
 manakala aku and the geng "kepujian tuuu " bangga jugak aku leh lulus gak..he he...hee..
    Tapi yang duk pening kepala laaa nii ialah... tarikh dan tempat posting.....Mesyurat Muktamad kpli posting 1january...... semak keputusan 20 disember.... hari nii 13 disember.... dengan nak pindah umah lagi.....laa ni xtvt aku jaga anak...n cari kotak nak pindah....apa-apapun tunggu result......
sembang lain...nak tgk anak satt...duk tido....
 

Wednesday, November 25, 2009

Tamat Sudah Perjuangan Pahit Getir KPLI JAN 2009......


KE MANAKAH DESTINASI KITA  ?????

25/11/09 -Tamatlah sudah perjuangan pahit,getir,masam,manis, setahun mengharungi ujian bergelar pelatih guru KPLI ambilan Jan 2009.Sebaik sahaja menamatkan exam KISSM bersorak gembiralah  pelatih kpli Kampus Sultan Abdul Halim,Sungai Petani,Kedah. Peluang yang ada di gunakan untuk bergambar kenangan,bermaaf-maafan antara satu sama lain.Lawak yang sering di ungkapkan " Selamat datang Ke Long Pasia " Kini menghantui semua pelatih terutama pelatih Kajian Sosial.Sehingga kini belum ada berita yang sahih tentang penempatan KPLI.Berbagai-bagai teori,hipotesis, dan spekulasi tentang penempatan namun sehingga kini ia masih terawang-awangan.Kepada kelas Kajian Soisal IPGM Sultan Abdul Halim,Sungai Petani, Jefri(Jef bomba),Mazlan (boboi),Amir,Zaidi Bakar (Abg Die),Zaidi Along,Zainuddin (Pok Din Kelate),terima kasih kerana menjadi sahabat yang sedia membantu di saat duka dan gembira..walau dimana sahaja anda berada.... anda sekarang insan yang di pilih untuk menjawat jawatan yang mulia " Anda adalah Chegu" dan gelaran ini anda akan jawat sampai mati "Selamat Bertugas Chegu "

Saturday, October 24, 2009

Budget Defisit.... ...?????


  ANALISIS (DR.ZULKIFLY MP KUALA SELANGOR YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.


 
   
Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.
Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.
Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.
Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.
Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.
Image
(Gambar: Penulis, Dr Dzulkefli Ahmad)
Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.
Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.
Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.
Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.
Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.
Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara �regular� atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.
Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.
Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu � kanser otak.
Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.
Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.
Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.
Image Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.
Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana �knowledge workers� adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.
Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.
Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.
Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.
Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.
Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?
Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.
Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?
Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' � bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara. _

 


Monday, October 19, 2009

Insyallah Esok Saya akan adakan pertemuan dengan HEP IPGM IPSAH





















Pertemuan MPP Dengan HEP Pada 20/10/09
Sungai Petani,20 Oktober Oleh kerana wujud kekeliruan dan ketidaktahuan di kalangan pelatih guru KPLI JAN 2009 satu pertemuan akan di adakan diantara MPP dengan Pihak HEP IPGM IPSAH. MPP di wakili oleh En Mohd.Syahar Bin Barkat Ali  dan Saudara Ram akan membincangkan permasalahan penempatan guru KPLI JAN 2009 mendapat satu kata putus yang pasti dari HEP... sama- sama kita tunggu........


Sunday, October 18, 2009


Apakah Kesudahan Kepada KPLI JAN 2009 ??????

KPLI SELAMAT JIKA DI POSTINGKAN TAHUN NII


19,Oktober daripada ucapan TNC di bawah dapat di fahami Jika kita di postingkan awai bulan 12  bermakna kita tidak termasuk dalam pembekuan penempatan guru yang hanya akan bermula awal 2010.... SILA RUJUK ARTIKEL DI BAWAH

BOLEH POSTING KE KPLI IPGM ????


Cikgu baru kena beku,Gomen takder duit

Tanjong Malim, 4 Oktober  Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.


Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.


Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia..
Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.


Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.(Kalau kpli ambilan jan 2009 berjaya di postingkan tahun ini insyallah selamat..sebab itu kita diawalkan temuduga lantikan guru...ni pendapat aku )



Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke E- mail, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.


Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang pada tahun ini.


Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.


Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.


Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.


Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar�, jelasnya.

Wednesday, October 14, 2009

Assalamualikum........

Minggu exam dah datang kembali.....kepada pelatih kpli jan 2009.. hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk menghadapi peperiksaan.....kepada kelas 2h-2j walaupun belajar di dalam kontena di harapkan ia tidak menjadi halangan bagi mencapai kecemerlangan...............semoga beroleh kejayaan

Wednesday, September 30, 2009


NAJIB IS A NOMIC"S OR "COMIC "
Sungai Petani,menurut laporan daripada sumber yang boleh di percayai mulai tahun depan 2010,kemasukan pelatih KPLI yang baru tidak akan menikmati elaun sebanyak RM 1,300.00 tetapi hanya akan mendapat RM 650.00sahaja.Malah pelatih guru PISMP yang baru tidak akan menikmati elaun secara percuma tetapi di kehendaki membayar balik wang tersebut dan ia dikira sebagai pinjaman.Lebih buruk lagi menurut sumber itu,pelatih KPLI JAN 2009 penempatan mereka masih kabur dan kemungkinan untuk menunggu sehingga beberapa bulan adalah tinggi peratusanya bergantung kepada kursus yang di ambil.Malah kebanyakkan Institusi  Perguruan yang ada telah memotong bajet tertentu dalam usaha berjimat.Antara program wajib yang menerima kesan langsung ekonomi yang menguncup ini ialah Bina Insan Guru(BIG).Kalau dulu ia diadakan seperti di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi Dan tempat peranginan yang menarik,sekarang ia diadakan di institut perguruan masing-masing.
     Aku tertanya-tanya dengan laporan media yang ada tentang pertumbuhan ekonomi negara,kadar inflasi,FDI, KDNK.... banyak mohong laaaa.......aku harap bila kita jadi chegu ajar ekonomi ka...apa-apa pun jangan duk mohong pelajar...bagi mereka ilmu yang betoi..supaya mereka dapat beza antara yang kebenaran dan kepalsuan.....cuba tengok rizab emas negara kita daripada tahun 1990 ada berbelas-belas tan..laa ni tinggal satu tan pun tak sampai...patut la duit thai (baht ) lebih tinggi... duit malaysia kurang laku kat money exchange luar....tukaq RM100 dapat RM 88 = Rugi 22 ,kalau RM 1000 =Rugi 220,Kalau RM 10,000.00= RM2,200.00.... susah macam ni oghang nak labur.....
Jadi Cikgu kena jadi pendidik......
baru dapat anak murid cerdik,
hidup berprinsip,
tahu yang yang buruk dan baik....




TUN DR MAHATHIR PUN CAKAP


AL FATIHAH

AL FATIHAH
KEPADA ALLAHYARHAMAH FAUZIAH BINTI ISMAIL
Pokok Sena,Jenazah Fauziah Binti Ismail pelajar KPLI JAN 2009 IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan gelam Pokok Sena.Jenazah di sembahyangkan di surau Taman Jabi,Pokok Sena.Semua Warga KPLI Kajian Sosial JAN 2009 semua hadir bagi memberikan penghormatan kepada rakan seperjuangan,Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama para Solehin dan di mudah hisab keatas.

Friday, September 25, 2009


Berani tak Ketua Polis Tangkap Dalang Skandal PKFZ .........???
Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.


"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.
"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.
"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.
Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.
"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.
Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.
"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.
Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.
"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.
Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.
Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.
Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.
"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.
Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.
Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhyan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.