Tuesday, April 26, 2011

Impak Imgiran ke atas Ekonomi Lahad Datu,Sabah(Bhg 1)

Lahad Datu merupakan bandar yang paling pesat membangun di Sabah.Latar belakang kegiatan ekonomi adalah berasaskan perladangan yang berasaskan sawit,sehubungan dengan itu banyak ladang telah di buka oleh syarikat bersatus "gergasi" dari semenanjung dengan beribu-ribu ekar,nama-nama seperti Sime Darby,Tradewinds,Tabung Haji,Tan Seong Hong (Tsh) dengan berpuluh syarikat lagi membuka ladang sawit di sini.Pembukaan ladang secara besar-besaran telah menjadi medan magnet menarik berpuluh ribu orang penghijrah dari Indonesia dan Filipina mendominasi sektor pekerja ladang. Kebanyakan penghijrah dari Indonesia datang dari Kepuluan Sulawesi dan berbangsa Bugis.Di kalangan bangsa bugis di pecahkan dengan beberapa suku kaum yang mempunyai loghat berdasarkan dearah.Nama -nama suku bugis seperti Bone,Andrikan, Penderiang,Bulukumba,Wajo' dan lain-lain lagi.Kebanyakkan orang bugis ini berhijrah secara besar-besaran pada awal 80-an ,mereka mengisi sektor perladangan sebagai penebang balak,buruh -buruh ladang,operator mesin,pemandu lori dan lain-lain kerja yang berasaskan perladangan.
             
Pintu Masuk utama orang Bugis ke Sabah adalah melalui jalan laut dari Nunukan terus ke Tawau.Tawau merupakan pintu masuk utama orang-orang Bugis ke Sabah dan kini Tawau merupakan bandar orang Bugis dan hampir setiap sektor ekonomi di kuasai oleh orang Bugis. Dari Tawau orang Bugis mula bergerak ke arah barat ke bandar kecil perladangan  di Kunak dan Lahad Datu.Di Lahad Datu orang Bugis mula mengisi apa saja peluang yang ada dari sektor perladangan hingga industri pembuatan.Oleh kerana orang Bugis adalah pekerja utama ladang,kuasa beli di kalangan orang Bugis adalah kuat dan telah membuka peluang orang bugis berniaga sesama mereka dan mereka telah bangkit sebagai kuasa ekonomi perniagaan berteraskan perladangan yang sangat berjaya terutama dalam bidang peruncitan sehingga sukar di gugat oleh bangsa lain.Manakala bangsa lain dari Filipina seperti suku Visaya,Bajau,Suluk banyak mendominasi sektor kimpalan dan pembuatan berteraskan besi,ada juga yang berkerja tukang rumah dan buruh di sektor pembinaan .Manakala kaum wanita dari Filipina banyak berkerja di Kedai telekomunikasi,Pasar raya sebagai jurujual dan ada juga diantara mereka berkerja di kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut.    
       

Tuesday, April 19, 2011

Salam Perjuangan.....

Rabu,20 April,SK Paris 3............Genap satu tahun jadi chegu..begitu banyak lompang diri yang perlu di perbaiki...........nanti lah aku menulis semula untk blog ni.....